Tuesday, October 11, 2011

Danish Patisserie

Kat Perth ni ada satu kilang roti dan pastry halal yang terletak di Bassendean. Jarak dari rumah kami adalah dalam 20 minit perjalanan. Kalau nak ke Swan Valley, bolehlah singgah ke sini beli roti, donut, pie dan mcm2 lagi. kek pun ada. suka sgt beli croissant yg lembut. tak sempat amik gambar dah licin kena sapu..bila sekali tgk, rambang mata. ye la selalu bole tengok je roti kat kedai2 bakery dan cafe. kali ni dah sah halal seronok sgt lah dapat beli :p

DSCN4956
kilang
DSCN4959
factory outlet. ada logo halal yg besar tu. eh lupa amik gambar kat dalam sbb sibuk membeli dah tu ada staf melayu seronok sgt sembang he he
DSCN5051
kek coklat $3.50
DSCN5050
curry pie $5 utk 4 biji.. fuhh mcm2 pie ada sampai taktau nak pilih :)

apapun nak pegi sini check dulu opening hoursnya iaitu :
Monday to Friday – 7.00 am to 2.00 pm

Saturday – 7.00 am to 11.00 am

kalau dtg jalan2 ke sini dengan rombongan cik kiah, apa kata singgah la beli roti kat sini dan pegi picnic kat swan valley.. ;)

Alamat kilang/kedai:
5 Dyer Road
Bassendean
Perth
Western Australia, 6054
Phone: +61 8 9376 9376
Fax: +61 8 9377 3744
Email:
info@danpat.com.au
Website :http://www.danpat.com.au/

2 comments:

  1. saya akan ke Perth raya hindu bulan depan ni, memang dok plan nak singgah lagi ke sini. Bila buka website nak ambil alamat dia rupanya dia ada jual bun bacon pork semua dah. Kak umi tau dak kat mana saya boleh beli breakfast pagi2 sampai dari airport perth ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pagi2 pi la breakfast kat Love n Care Cafe kat Pier St.. takpun singgah bfast kat Basement Cafe, Curtin Uni :)

      Delete