Saturday, January 28, 2012

A very warm saturday

Cuti sekolah dah hampir tamat. Sebelum buka sekolah, bawa budak2 ni tengok movie pulak. kesian lah cuti sekolah asyik terperap kat rumah tambah2 cuaca panas nih. kebetulan ada offer tiket yang murah kat panggung wayang untuk tengok The Adventures of Tin Tin ni.. memang best lah movie ni.. enjoy dari mula sampai habis. ingatkan tak ramai, tapi agak penuh panggung juga.

kat sini tiket boleh dibeli kat kaunter yang sama menjual air dan snack. mula2 tu pening jugak lah cari kaunter tiket hehe..tempat duduk pulak adalah free seating. bila nak masuk panggung tu, diorang beratur lah. tp harini diorang pakat serbu je tak beratur pulak. so tak selalu lah diorang ni ada good civic manners pun kan.. dan jangan terkejut yang pop corn diorang adalah masin! bukan manis mcm pop corn kita. dah la masin, masin 'berdengung' pulak tu.. hahaha.. sama la mcm snek potato diorang pun masin jugak. isk mungkin diorang ni suka makan masin2, dan kita pulak suka manis2..

oh ya untuk citer 3D, kita boleh pilih nak beli tiket dengan atau tanpa 3D glasses dengan harga $1/sepasang. maknanya bila beli 3D glasses tu kita boleh simpan terus lah so bila2 nak tgk movie 3D lagi tak perlulah beli lagi glasses tu. Kat Msia sebelum ni pakai glasses yg panggung sediakan dan lepas habis movie kena pulang balik. hmm kurang hygenic sikit kan, unless diorang cuci glasses tu everytime? skrg taktau lah mcm mana. tp sy lebih suka tengok filem 2D dari 3D sbb pening sikit 3D ni tambah2 kadang2 je dpt rasa effect 3D tu..

habis movie keluar2 punya lah panas. rupanya harini adalah hari paling panas dalam bulan ni.. balik rumah terus masak nasi, goreng sayur, buat sup tulang dan sambal tumis petai. lepas makan, terus pengsan!



yang ni adalah pokok hydrangea yang saya beli baru2 ni.. cuma 2 pokok aje buat masa ni sebab satu pokok harganya dah $15+. lagipun pokok ni agak manja dan tak boleh kena matahari secara terus.

kaler baby blue.. mmg sweet sangat dan pink-purple.. geram tengok kat rumah orang bunganya berjambak2.. tapi diorang pun tanam bawah shades jugak.

ni pokok rosemary. ada 2 pasu. sedap kalau buat roast chicken


ni adalah pokok menjalar dari rumah jiran belakang rumah





menjalar sampai masuk ke belakang shed kat backyard. mmg kat bawah nampak semak sikit tp kalau berbunga semuanya mesti cantik kan? tak sampai hati pulak nak clearkan. :p

6 comments:

  1. Yuhuuuu.....umi, cantik la bunga yg menjalar tu. X perlu susah2 tanam, free landscaping. Ni drp rumah jiran yg x reti speaking tu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yuhuu.. hehe haah betul kan.. sebelum ni dia tak berbunga nampak semak. bila berbunga nampak cantik. ni dari rumah jiran lain. tak pernah tengok pun siapa tuannya sbb pagar tinggi sangat :)

      Delete
  2. pokok yg kak beli 15$ tu, dekat rumah byk, ingt pokok hutan, btw, sama lah experience masa nak beli tiket wayang, confuse mana counter, sebab mcm counter makanan lak,

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestnyaa.. kalau dekat mau la k umi pegi cari. kat sana sejuk sikit tu yg senang hidup. nanti Zul ambiklah gambar nak tengok.
      hmm skrg ada kat kg boleh la tgk wayang puas2 kan.. kat sini wayang pun mahal, dvd pun mahal sampai terpaksa minta adik poskan. :p

      Delete
  3. Cantiknye Hydrangeas tu..., Zul nanti ambik pokok tu replant dlm pasu, pastu hujung minggu kalau takde class pegi jual kat pasar,boleh buat bisness jual pokok bunga ....hehehe...Ingat pulak akak kat Rosemary tu... dulu akak pernah tanam bila pokok dah besar keluar bunga purple banyak sgt,boleh buat landscape and at the same time boleh guna utk masakan..Rosemary ni boleh hidup bertahun -tahun lamanya untill the stem gets so hardy...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak, rosemary kat sini yg besar2 sampai boleh buat pagar. bila berbunga cantik aje tengok, kan?

      Delete