Wednesday, March 28, 2012

Kangkung dan ayam percik

Salam semua.. sori lama tak update. disebabkan kesibukan dan kebuntuan yang melanda hehe.. tp sekarang sibuk mcm lain pulak. sebabnya hari ahad lepas kami menerima tetamu dari Msia iaitu ibu ku.. yahh seronoknya mak datang yea..genap setahun di sini, dapat jugak mak datang ke sini. Alhamdulillah, syukur dapat bertemu mak di bumi bertuah ini.. Mak datang sorang je. risau juga sebab transit kat KLIA. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan.. Insyaallah dia akan tinggal di sini selama sebulan. dapatlah bermanja dgn anak menantu esp cucu2 yg dah besar ni. itu pun adik kat kg dah bising2 rindu suruh mak balik hahaha.. ala pinjam mak sebulan je..

sementara tu layan gambar kangkung yg dipetik dari ladang.. lupa amik gambar ladang tu. dah penuh dgn kangkung. harvest dah 2-3 kali dan masih naik pucuk lg.. konon nak buat gado2 tp bahan tak lengkap. jadiklah dpt mkn dgn kangkung dan taugeh. kacang panjang susah nak dpt dan mahal sgt2..
ayam percik ni konon nak buat style pasar malam bhg utara nu.. tp pakai kuah kacang segera ni tak sedap lah.. nasib baik ayam tu sedap. perghhh...







2 comments:

  1. Hi umi....wah syok.kn mak datang....besar2 la kangkung umi...kt rumah ni klu biar besaq camtu, alamatnya daun dia berlubang-lubang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah.. sangat seronok dah lama tak jumpa mak tersayang.. hehe
      kangkung tu pun jenuh menjaga sbb byk sangat siput b**i dtg menyerang, kena tabur pellets br selamat :D

      Delete