Wednesday, June 20, 2012

Murtabak Raja

Teringat salah seorang peserta Masterchef Australia, Mindy pernah buat murtabak dan menang cabaran masakan untuk hari itu. So tiba2 teringin nak mkn murtabak, mmg elok sangatlah kan sbb ada peluang nak cuba murtabak raja yg dieksport ke sini. Harga satu pek adalah $10 atau RM30+. hah siapa yg sanggup bayar harga sebanyak tu kalau kat tempat sendiri? menurut penjual kat kedai tu, murtabak ni mmg digemari oleh org2 disini.

Bila dah cuba.. hmm rasanya biasa2 saja, tak sesedap murtabak kat pasar malam. haishh pasar malam lagi.. hmm.. ye la dpt murtabak kentang aje, daging tak ada (mungkin tak lepas nak eksport daging ke sini). siap buat bawang cuka lagi tp lupa amik gambar. tp yg agak frust sikit sbb terjumpa kulit telur dalam murtabak ni.. hee.. cemana nih, eksport jauh2 dpt kulit telur pulak.. :-O



kering je nampak mcm tauhu pun ada hehe.. agaknya kena letak minyak sikit kot sbb frozen sgt :p

12 comments:

  1. Oh Kak Ummi
    Seronoknya tengok Kak Umi duk post mcm-mcm makanan yang boleh didapati di Perth, Adelaide tak banyak pilihan mungkin sebab tak ramai Melayu yang duduk di sini

    ReplyDelete
  2. Salah satu sebabnya mungkin sbb ramai melayu, dan juga Perth ni paling dekat dgn Msia. kalau jalan kat mana pun mesti terserempak dgn org melayu lah :D

    ReplyDelete
  3. Salam Umi.tk wish bday Syakirah.
    murtabak raja...belum pernah cuba lagi. tp murtabak tak letak daging kurang rasa sikitkan. betul tu kalau pasar mlm punya..ada cicah cuka...sedapnya...akkpun kalau di Msia singgah pasar mlm....murtabak antara yg tak miss.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mama..
      betul tu kalau murtabak tak letak daging, mmg tak kicklah kan. tp tak mengapalah sekurang2nya dpt juga merasa. :)

      Delete
  4. Kat kedai mana beli ni umi. Bulan2 puasa ni kalau malas nak buat, defrost je yg ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis, umi beli kat spice bazaar willeton. kalau masuk kedai tu, straight sampai ke belakang ada satu freezer dia letak murtabak dan kuih2 Msia. haah bulan puasa dah dekat ni kan, awal2 puasa rajinlah buat kuih. hujung2 puasa tu mungkin beli kuih frozen aje :)

      Delete
  5. As salam Umi,

    Untung ada jugak murtabak di sana... Kat sini ade tp non halal! Murtabak pak arab tp tak halal..hik3... Mcmana boleh tersesat kulit telur...adeh, kalau marya boleh terbantut selera...huk3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Marya,
      murtabak pak arab tak halal? hmm ye la org arab tak semuanya islam kan? ntah la mungkin tukang pecah telur tu tertidur agaknya tu yg sampai masuk kulit telur hehehe

      Delete
  6. murtabat raja ni asal kelantan ke ek? mmg selalu jgk makan murtabat ni;)
    sedapppp:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. murtabak raja yg kelantan tu mmg sedap. tp yg ni dibuat frozen dan tak ada daging. rasanya kurang sedap. :p

      Delete
  7. Slmt berhujung minggu Umiyumi.tkasih byk2 ya atas doa dan wish bday utk akk.moga Umiyumi juga sentoasa murah rezki dan bahgia selalu.Amin

    ReplyDelete