Monday, February 11, 2013

Nasi lemak sambal tumis ikan talang kering

Nasi lemak ni dibuat hari Sabtu lepas untuk menu brunch (breakfast + lunch) dan untuk menjamu kawan baru dari Singapura. Selain dari nasi lemak, ada menu ayam portugis dan dessert agar2 milo. Harap2 tetamu sukalah.. Ye lah risau juga datang jauh2 kita cuma jamu nasi lemak. :p

Menu nasi lemak ni kira menu biasa2lah kalau kat tempat kita ni kan, tp kalau kat sini sy mmg jarang buat nasi lemak. Setiap kali buat, agak2 mcm menu special juga lah tu. Sama juga dengan roti canai atau murtabak. Kat sini walaupun roti canai tu biasa aje, ada yg frozen tp kalau nak mkn betul2 sedap kenalah buat kari yg sedap. Satu contoh lagi kalau jumpa kuih2 tradisi melayu. Bagi saya lah kalau bg pilihan antara serimuka (pulut sekaya) dengan tiramisu, saya lebih teruja nak makan serimuka. Begitulah jadinya bila dah lama duduk di tempat orang. Bila jumpa makanan dari tempat asal, sangatlah gembiranya hati. Bila duduk di negara sendiri pula, kita teruja nak makan makanan barat. :D

Nasi lemak ikan talang
Talang kering
Telur rebus pun nak posing juga :p

18 comments:

  1. yummy:)
    sedap tu..tapi takleh nak makan banyak2..makin berlemak la badan bila asyik makan banyak nasi lemak..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makin lemak tu yg makin sedap. Sbb tu tak boleh buat selalu. Tp sekali buat, hentam sampai tak hingat hehehe :)

      Delete
  2. wahh..telor rebus tu posing begaya dgn nasi lemak...sedak nyooo laa..tegoda =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Telur rebus pun nak bergaya jugak.. lagipun ini Perth mari, dari ayam australia lah katakan hehehe

      Delete
  3. salam umi. pagi indah macam ni pekena nasi lemak ikan talang kering..bestnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mona,
      Kat Penang saja boleh jumpa nasi lemak ikan talang mcm ni.. perghh kalau balik kampung hari2 breakfast nasi lemak ikan talang, tu belum cerita lagi nasi kandar lauk daging.. adoii meleleh ayaq lioq ngan ayaq mata ni rindu kampung tawww :D

      Delete
  4. Aslmkum Ummi
    sedapnya nampak nasi lemak dg sambal ikan talang itu
    betul tu Ummi...bila di perantauan mcm kita ni....nasi lemak...roti canai itu kira menu special....kuih muih...semua terasa teringin nak mkn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Mama..
      Mmg fevret umi ni nasi lemak sambal ikan talang. betul tu duduk tempat orang ni bkn senang2 boleh beli kuih kat gerai2 kan. mau tak mau kena buat sendiri atau kalau ada rezeki org bg atau ada org buat jamuan kuih hehe :D

      Delete
  5. sukaaaaa nasi lemak dengan ikan talang iskhhh umi ni goda la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa apa lagi kak, boleh la buat nasi lemak ikan talang pasni. kalau tak mau buat pun takpa, pagi2 pun ada jual kat gerai.. kalau beli, tolong beli sebungkus dua utk umi sekali noo :)

      Delete
  6. Kak ni orang penang ka? Chek pon

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. oo balik pulau.. tiba2 teringat durian balik pulau :)

      Delete
  8. wow.... jgn kata yg jauh, yang mmg dok tanah air sendiri pun terliur tgk gambar kak umi nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha ye ke. laa sayang betul kalau tak boleh ajak makan sama2. :)

      Delete