Monday, July 1, 2013

Kari terbaik di Perth @ Cafe Rasa Sayang - Thornlie

Sesiapa yang ingin mencuba kari terbaik di Perth bolehlah ke sini..Sebelum ni saya dah pernah buat entry kat SINI.

Masa mula-mula datang saya dah cuba roti canainya yang lazat. Baru-baru ni saya cuba makan nasi pulak. Memang sedap tak terkata. walaupun pedas, karinya tetap nombor satu! Ditambah pula dengan teh tarik yang terbaik.. perghhh!

nasi beriani, ayam 65, kubis goreng dan kuah.. tengok ni pun dah meleleh air liur hihi

Nasi putih, ikan dan taugeh

Roti canai 2 keping untuk peminat roti canai

Peminat nasi dengan kari kambing :)
Tetiba rindu nak makan roti canai pulak :)

10 comments:

  1. besar portion nyer nasi tu yek kak.... lauk pun banyak, kalu rindu masakan malaysia boleh la cari kt situ yek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat sini portion makanan mmg banyak Dana, sebab mat saleh sini kan makan banyak hahaha.. kalau mkn nasi beriani kat kedai org middle east siap boleh share makan 2-3 orang lagi sebab dia letak nasi menimbun :p

      Tak susah nak makan masakan Malaysia, cuma kena start kete drive 20-30 mins atau paling jauh drive 40 mins nak cari makan hehehe

      Delete
  2. kat perth mcm2 ada..mcm kat malaysia pon ada gak..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Normi, kadang2 tak perasan pun duduk kat Perth. Sebab rasanya macam dok kat Malaysia aje :)

      Delete
  3. Nasi briyani ni kesukaan akak. Serupa betul ngan kat Msia. Kari ikan dia authentic Msian Indian kari. Best! Lagi best dkt bebenor ngan rumah akak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita, mmg peminat karilah kan. Best tu dekat dengan rumah Akak lagilah senang anytime nak makan. :)

      Delete
    2. Tak jugak. Sbb dekat tu lah jarang pergi.

      Delete
    3. Hahaha.. betul jugak tu ;)

      Harini umi baru terperasan ada satu kedai baru kat Karawara.. cam menarik nih, teringin nak try roti nan dengan tandoori pulak :)
      http://indiancurryhut.com.au/

      Delete
  4. Replies
    1. Memang sedap Maru Maru, walaupun pedas berapi tapi boleh order teh ais yg sedap...fuhh nyaman sekali :D

      Delete