Tuesday, March 4, 2014

Ayam masak merah special

Jom layan ayam masak merah pula..

Dalam resepi ni saya gunakan kepak ayam.. terpulanglah nak guna mana-mana bahagian ayam pun, sebelum ni saya gunakan paha ayam tapi rasanya sedap pulak kalau gunakan bahagian ni pula :)




Ayam Masak Merah (anggaran 1 kg ayam)

Bahan
Ayam
Kunyit
Garam

Bahan kisar
2 ulas bawang besar
20 biji cili kering
3 ulas bawang putih
Seinci halia
1cm belacan

Bahan tumis
2 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
1 biji buah pelaga
2 ulas bawang merah (dipotong halus)
2 ulas bawang putih (dipotong halus)

Bahan lain
Sedikit gula
Sedikit garam
Setengah tin susu cair
Tomato (jika suka)
Gajus
Hirisan bawang besar (dipotong berbentuk cincin)
Daun pudina

Cara
Bersihkan ayam, lumur dengan garam kunyit dan digoreng terlebih dahulu sehingga hampir garing.

Ketepikan ayam dan ambil sedikit minyak gorengan ayam untuk menumis bahan pelengkap. Tumis bahan tumisan sehingga berbau wangi.

Kemudian masukkan bahan kisar dan masak dengan api sederhana sehingga pecah minyak.

Masukkan sedikit gula dan garam (pastikan sedikit sahaja kerana ayam goreng telah diletakkan garam), serta susu cair. Masukkan ayam dan kacau rata.

Akhir sekali masukkan gajus, hirisan bawang besar, tomato (dipotong berbaji) serta daun pudina. Apabila bawang dan daun pudina telah layu, tutup api dapur. Sedia dimakan dengan nasi

6 comments:

  1. Salam kak umi,
    Baru berkira2 nak masak ayam merah harini,tup tup nampak akak up resepi.Hihihihi!Leh try la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam.. Wah ye ke.. mcm pucuk dicita ulam mendatang aje kan. Cmn dah buat ke? hehehe

      Delete
  2. laparlah plk tgh ayam mask merah ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa lagi Normi, cepat2 cari ayam masak merah juga :)

      Delete
  3. Nyum nyum sedap makn dengan nasi tomato ye Ummi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan dengan nasi putih aje Nekcik, memang terangkatlah dapat nasi panas2 pulak tu ;)

      Delete