Thursday, November 17, 2016

MEMETIK STRAWBERI DI CAMERON HIGHLANDS

Bagi anda yang terliur tengok buah strawberi besar-besar kat Perth tu jangan risau ya.. kat Cameron Highlands pun ada buah strawberi yang besar dan maniss.. Selain dari Cameron Highlands, Genting Highlands pun ada kebun strawberi tapi dah tentu kat Cameron Highlands ni lebih terkenal kan..

Jom kita tengok 'kebun' strawberi milik kawan saya ni. Sebenarnya kami berkenalan lebih dari 10 tahun yang lepas masa beliau membuka gerai di depan Hotel Jasmine di Brinchang. Beliau telah menjanjikan saya buah strawberi yang besar dan manis dan itulah yang saya dapat. Sejak itu saya dan keluarga akan cari dia setiap kali bercuti ke Cameron Highlands.

Untuk makluman biasanya musim panas senang nak dapat strawberi manis, dan musim hujan banyak yang masam. Macam buah tembikai jugaklah kan.. 

Kalau nak beli yang manis untuk makan segera atau nak beli untuk bawa balik, cuma bagitau pada kawan saya ni dia akan bungkuskan buah yang sesuai (untuk makan segera @ bawa balik).

Jika hendak memetik, anda dikenakan bayaran RM30 untuk satu bekas (rasanya 1kg kot tak pasti) dan cuma 2 orang dibenarkan masuk. Kalau di kebun lain saya tengok ada yang kenakan caj RM35 dan buah pulak kecik2.

Ok senang saja nak cari tempat ini iaitu S Corner namanya. S Corner ni terletak antara Kea Farm dan Pekan Brinchang betul2 kat Corner berbentuk S tu. Gerainya di sebelah kanan betul2 di tepi tangga.. Kebun strawberi pula di tingkat atas. Kalau jumpa kawan saya tu bagitau lah dia Cik Umi yang suruh cari he he :p






Buah yang anak saya petik

Kebun kat atas sekali

Aduh terliurnya :p



Kawan saya yang sebelah kiri :)

Ni yang saya borong  untuk bawa balik he he


2 comments:

  1. waduh... menggodanya... takmo la pi CH skrg tgh musim ujan msti masam heheheh

    mmg beso gabak stoberi nya tuh kak... aduh kecur liur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa tu la Dana.. Tak yah pegi jauh2 hihihi.

      Skrg mmg tak sesuai, musim hujan. Tapi strawberi ni mmg besar dan yg penting manis. ;)

      Delete