Tuesday, December 20, 2016

Nannup Lavender Open Garden: 27 December 2016 - 1 January 2017

Musim lavender telah bermula! Oleh itu Nannup Lavender akan memberi peluang kepada pelawat untuk berkunjung dan menikmati keindahan bunga lavender yang harum dan cantik menawan ;)

Selain cantik dan wangi, lavender juga mempunyai nilai yang tinggi dan digunakan untuk penyediaan makanan/minuman, kecantikan dan juga perubatan. Lavender boleh diminum seperti teh, digunakan membuat scones, produk penjagaan badan seperti mandian, losyen dan juga balm untuk sakit kepala dan sebagainya.

Kalau anda berada di Perth, perjalanan ke Nannup mengambil masa kira-kira 3 jam.

Maklumat lanjut OPEN GARDEN:
Tempoh: 27 Disember 2016 sehingga 1 Januari 2017
Masa: 10 pagi hingga 5 petang
Alamat: Cnr Graphite and Vasse Hwy, Nannup, WA 6275

Facebook: Nannup Lavender atau klik Open Garden

Kredit gambar dari fb Nannup Lavender.

Kalau nak tengok gambar-gambar semasa kami ke sini, boleh klik SINI.

Gambar sekitar Nannup Lavender...


Ni gambar lama rasanya.. pintu masuk ke Secret Garden Tearooms

Produk istimewa iaitu Lou Lou Bear :)

Cantik kan? tapi awas banyak lebah masa ni















Gambar di bawah ialah gambar semasa musim bunga baru-baru ini.. cantik kan? Tapi masa ni lavender belum berbunga kerana lavender ni berbunga di musim panas (summer) iaitu bulan Disember hingga Januari.


Lavender ada banyak jenis.. macam yang ni

Taman sewaktu musim bunga




Selain lavender segar, ada juga produk-produk lavender yang dijual di Secret Garden Tearooms ini iaitu seperti di bawah:

Lou Lou Bear yang diisi dengan bunga lavender

Healing balm

Wheat bag

Lavender spray

2 comments:

  1. Tak sempat singgah tengok lavender masa kami di Nannup baru-baru ni.

    http://casanayafana.blogspot.my/2017/01/day-56th-dec-yallingup-nannup-manjimup.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok kan jalan2 ke south west? Banyak tempat menarik yang boleh dilawati :)

      Delete