Monday, August 15, 2016

PENGANGKUTAN AWAM (PUBLIC TRANSPORTATION) DI PERTH

Sepanjang tempoh tinggal di Perth, rasanya boleh kira berapa kali kami menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam di Perth. Bukannya tak suka gunakan public transport, tapi disebabkan habit yang suka sangat berhenti banyak2 tempat, jadi payahlah nak atur naik bas. Sebenarnya seronok sangat naik bas @ tren ni :)

Tapi saya share juga di sini pengalaman dan sedikit sebanyak apa yang saya tahu. Pengangkutan awam di sini memang terbaik lah.. cekap dan boleh dipercayai. 


Di Perth, ada 2 jenis pengangkutan awam: yang berbayar dan yang percuma (CAT BUS). Semua pengangkutan awam ini adalah di bawah kendalian TRANSPERTH. Paling menarik bagi saya ialah pengguna boleh mengatur jadual perjalanan masing-masing di laman web TRANSPERTH iaitu http://www.transperth.wa.gov.au/. Tak payah pening kepala nak cari nombor bas, waktu perjalanan dan harga tiket. Anda cuma masukkan lokasi anda, destinasi dan pukul berapa anda nak bergerak.. haa semuanya akan dipaparkan untuk anda. Perkhidmatan berbayar Transperth ini meliputi pengangkutan melalui bas, tren dan juga feri. Selain itu jika ingin bergerak dengan keluarga, anda juga boleh menggunakan kemudahan family rider. Sila semak terma penggunaan di laman web Transperth. Kalau tak pasti, boleh aje tanya pemandu bas tersebut yang sangat peramah contohnya nak turun kat stesen mana dll. :) 


Perkhidmatan pengangkutan awam di sini juga sangat mesra keluarga untuk yang nak bawa stroller, untuk OKU, kemudahan kad konsesi untuk pelajar dan pesara serta pengguna boleh bawa naik basikal atas tren atau feri. Cuma tak boleh bawa basikal naik bas ya.. boleh rujuk SINI. Bagi OKU yang membawa assistance dog adalah dibenarkan dengan syarat membawa dokumen pengenalan/kebenaran

Manakala di kawasan bandar seperti Perth CBD dan Fremantle, ada bas percuma yang disediakan iaitu CAT BUS. Anda boleh semak jadual perjalanan CAT BUS yang dilabelkan sebagai yellow, red dan green. Untuk maklumat lanjut tentang CAT BUS, boleh klik di SINI.

Rancang perjalanan anda


Jadual bas di pondok menunggu
Pondok bas dibina membelakangkan cahaya matahari

Nombor bas yang lalu di kawasan ni




Bas Transperth

Feri

Tren
Jadual CAT Bus untuk Perth CBD
Ini lah CAT BUS. Ada gambar kucing kat badan bas

Laluan CAT Bus di Fremantle

No comments:

Post a Comment